7. Risiko

Setiap pelaburan mempunyai risikonya yang tersendiri. Semakin besar keuntungan, semakin besar pula risikonya ie “high risk, high return”. Berikut adalah beberapa risiko risiko yang mungkin kita hadapi;

7.1 Risiko kambing dicuri·
Biasanya dengan pengawasan yang tidak sempurna kerap kali akan berlaku kes kes kecurian terutamanya pada waktu malam. Malah, kekadang disiang hari pun boleh berlaku kecurian.· Ada satu cerita, dimana seorang pesara askar membuat ternakan kambing sebanyak 30 ekor di Jengka 11 dengan modal RM30,000 (duit dari EPF); kambingnya di curi pada bulan kedua beliau memulakan projek. Kejadian berlaku di siang hari apabila beliau pergi menunaikan solat Jumaat dan kandangnya dibiarkan kosong. Akhirnya, pesara askar tersebut menutup projek kambingnya.· “Moral of the story” – Kena cari pekerja indon atau India sorang dua.

7.2 Risiko kambing mati·
Punca punca kematian adalah akibat kemalangan dan penyakit. Kat Malaysia nih takder lagi “insuran untuk kambing”. Kalau ada primieumnya mungkin agak tinggi, dan sayalah orang pertama yang membeli polisi tersebut…· Kemalangan mugkin disebabkan oleh stuktur kandang yang merbahaya, sistem pemagaran yang tidak sempurna dan lebih mengerikan dibaham harimau atau dipatuk ular sawa.· Penyakit…tak payah la nak diceritakan lagi… setiap hari ada sahaja penyakit penyakit baru yang datang. Doctor haiwan sendiri pun tak habis habis membuat kajian.

7.3 Risiko kambing mandul·
“Tak dapek den nak menolong” ini semua kerja tuhan, kita hanya merancang tapi tuhan yang menentukan.

7.4 Risiko pengurusan·
Sebaiknya pastikan kita mendapat kursus dan pendedahan terhadap aspek aspek pengurusan kambing daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan sebelum memulakan projek.Risiko kena tipu· Ramai yang tidak betul betul mengetahui jenis kambing yang diimport atau dibeli. Sekiranya tidak berhati-hati, kita mungkin akan terpedaya dengan penjual, contohnya boer purebreed adalah hampir sama rupanya dengan boer fullblood. Penjual mungkin akan mengatakan kambing tersebut fullblood sedangkan ianya purebreed. Begitu jugalah dengan kambing cross, F1, F2 dan sebagainya.

No comments: