Apa yang kita lihat sekarang, trend untuk menjalankan perniagaan ternakan kambing makin menjadi-jadi. Kekadang, kita bertanya pada diri sendiri, apakah mereka telah membuat kajian yang secukupnya. Tahukah mereka risiko risiko yang bakal dihadapi. Tetapi saya tetap salute kepada mereka ini kerana keberanian untuk beralih ke bidang pertanian. Ini kerana setelah menceburkan diri, ada sikit kesal kenapa saya tak buat awal-awal lagi.
Disini ingin saya ceritakan serba sedikit senario kambing di Malaysia kini. Bekalan daging kambing untuk keperluan negara adalah amat terhad. Sehingga kini, malaysia hanya mampu membekal permintaan terhadap daging kambing tidak sampai 10%. Selebihnya diimport dari Australia dan negara-negara jiran yang lain seperti Indonesia, Vietnam dan sebagainya.
Dijangka, Malaysia perlu mengambil masa tidak kurang 10 tahun untuk memenuhi bekalan permintaan daging kambing. Untuk mencapai matlamat tersebut, satu program pembiakan perlu dilakukan secara aggresif dan intensif. Disebabkan ini, PM kita menekankan kepada program-program yang sedemikian. Banyak arahan-arahan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan kepada GLC agar beralih kepada industri ternak dan tani. Sehingga hari ini, kita dapat lihat syarikat-syarikat koporat talah memulakan rancangan meraka untuk menerokai industri ini. Oleh itu, kami telah mengambil peluang ini untuk merealisasikannya.
Harga setiap kilo bagi kambing import adalah RM12 sekilo manakala bagi kambing sembelih harganya mencecah RM 30 sekilo. Cuba anda bayangkan seekor kambing Boer yang matang, beratnya 100 kg dimana 70% adalah berat daging, bermakna kita akan mendapat 70KG x RM30= RM 2,100. Ini tidak termasuk harga untuk bahagian bahagian lain seperti kulit, susu, anak malah najis nya juga boleh di jadikan Baja kompos.
Saya difahamkan RISDA dan FELDA ada menyediakan pinjaman ternakan dan peserta hanya perlu menyediakan kawasan dan kandang sahaja. Amaun pinjaman hanya perlu dibayar selepas hasil ternakan telah dijual. Program program sebegini tentunya sedikit sebanyak dapat meningkatkan ekonomi masyarkat desa.
“Boer Goat Farm, Resort & Training Center" merupakan suatu impian kami pada tahun 2007. Buat masa ini kami masih dalam perancangan untuk merealisasikan impian tersebut. Rancangan ini bermula pada suatu hari dimana saya berjumpa dengan kawan X-ITM saya iaitu Bukhori. Pada mulanya kami berjumpa kerana saya ingin membeli Dinar-Iraq darinya. Bukhori membuat cadangan untuk menternak kambing. Pada mulanya saya kurang yakin dengan cadangan beliau kerana saya tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pemasaran. Bukhori kemudian menyakinkan saya bahawa beliau mempunyai kenalan yang bekerja dengan sebuah syarikat "trading" yang besar dan beliau pada dasarnya bersetuju untuk membeli hasil jualan kami.
Bermula dari sini kami telah mula mengumpulkan maklumat maklumat mengenai penternakan kambing. Saya akan menumpukan perhatian kepada operation, maintanace & finance manakala Bukhori pula akan menumpukan perhatian kepada admin, marketing & finance. Insyaalah, segala maklumat yang kami perolehi akan dikongsikan didalam blog ini bagi manfaat kepada semua pihak.
No comments:
Post a Comment