3. Kandang

Bagi memaksimumkan keuntungan, kita perlu jimatkan kos buat kandang. Jangan guna terlalu banyak kayu. Saya pernah lihat satu projek yang membuat kandang kambing tetapi saya rasa penternak tersebut terlalu menggunakan banyak kayu. Seorang penternak ditempat saya menghabiskan RM 80,000 untuk membuat kandang, sedangkan kambingnya hanyalah 50 ekor. Dia menggunakan kayu basah iaitu kayu hutan yang dibelah.Keluasan untuk seekor kambing hanya 4’X2’ biasanya dengan keluasan 10’X10 dapat memuatkan 15 ekor kambing.
Berikut adalah harga semasa kayu bagi setiap kaki bagi memudahkan korang menentukan buget buat kandang;
4X4=RM4.00
2X4=RM1.60
2X3=RM1.30
1X6=RM0.50 (Papan Reject)
1X2=RM0.35
1X2=RM0.25 (Kayu Reject)
2X2=RM0.60
1X0.5=RM0.17
Zink = RM1.80 (Lebar 3’)
Pagar 3’=RM50.00/segulung (45’)
Pagar 4’=RM75.00/segulung (45’)
Pasir=RM130.00/selori
Simen=RM12.00/sebeg
Bata=RM150/satu ikat (1,000 biji)
Mesen Chooper – Deisel = RM4,800.00

Panjang maksimum kayu yang dijual adalah 22’. Kayu tidak dijual untuk panjang nombor ganjil – panjang kayu yang dijual ialah 8’,10’,12’ …20’ dan 22’ sahaja.
Adalah lebih baik kita buat sendiri kandang tersebut, kerana upah untuk membuat kandang biasanya tukang kayu akan charge 1 kali dari harga barang. Kalau terpaksa, kita just upah untuk membuat bumbung sahaja dan kita bagi bayaran mengikut hari bekerja, biasanya RM60-RM80 sehari. Selebihnya ie pasang dinding dan lantai kita boleh buat sendiri atau suruh pekerja kambing yang buat sementara kambing tak masuk lagi. Untuk tiang, lebih murah gunakan batu-bata. 5 beg simen untuk 24 batang tiang yang tingginya 6’, atau nak jimat lagi buat kayu 2X4 yang diikat dua so dia jadi 4X4.

No comments: