5 Petua

Huh… disepanjang pengalaman kami semasa mengadakan lawatan-lawatan di ladang ladang ternakan yang telah dijalankan, kami telah berjaya mengorek beberapa petua petua dalam penjagaan kambing ini daripada penternak tersebut. Berikut adalah beberapa petua yang kami perolehi;

5.1 Petua - menjinakkan kambing·
Lapkan baju kita yang berpeluh ke muka kambing tersebut.

5.2 Petua - memastikan kambing mengenali tuanya·
Kita kencing sedikit kedalam air yang diminum oleh kambing tersebut. Buat beberapa kali sehingga kambing tersebut dapat mengenali tuanya.

5.3 Petua – bulu licin dan menarik serta gemuk·
Bagi kambing makan daun kelapa sawit.

5.4 Petua – rawatan untuk luka·
Masukkan cicak kedalam daun pisang atau daun nangka dan berikan kambing tersebut makan.

5.5 Petua – rawatan sakit perut & berak cair·
Bagi kambing makan daun daun yang kelat ie daun jambu.

5.6 Petua – rawatan lemah tulang & takleh bangun·
Bagi kambing makan siput sungai. Ada orang panggil siput paip, siput bendang dan sebagainya. Tapi pastikan cengkerang siput tu di buang terlebih dahulu.

No comments: