1. Kenali Kami

Apa yang kita lihat sekarang, trend untuk menjalankan perniagaan ternakan kambing makin menjadi-jadi. Kekadang, kita bertanya pada diri sendiri, apakah mereka telah membuat kajian yang secukupnya. Tahukah mereka risiko risiko yang bakal dihadapi. Tetapi saya tetap salute kepada mereka ini kerana keberanian untuk beralih ke bidang pertanian. Ini kerana setelah menceburkan diri, ada sikit kesal kenapa saya tak buat awal-awal lagi.

Disini ingin saya ceritakan serba sedikit senario kambing di Malaysia kini. Bekalan daging kambing untuk keperluan negara adalah amat terhad. Sehingga kini, malaysia hanya mampu membekal permintaan terhadap daging kambing tidak sampai 10%. Selebihnya diimport dari Australia dan negara-negara jiran yang lain seperti Indonesia , Vietnam dan sebagainya.

Dijangka, Malaysia perlu mengambil masa tidak kurang 10 tahun untuk memenuhi bekalan permintaan daging kambing. Untuk mencapai matlamat tersebut, satu program pembiakan perlu dilakukan secara aggresif dan intensif. Disebabkan ini, PM kita menekankan kepada program-program yang sedemikian. Banyak arahan-arahan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan kepada GLC agar beralih kepada industri ternak dan tani. Sehingga hari ini, kita dapat lihat syarikat-syarikat koporat talah memulakan rancangan meraka untuk menerokai industri ini. Oleh itu, kami telah mengambil peluang ini untuk merealisasikannya.

Harga setiap kilo bagi kambing import adalah RM12 sekilo manakala bagi kambing sembelih harganya mencecah RM 30 sekilo. Cuba anda bayangkan seekor kambing Boer yang matang, beratnya 100 kg dimana 70% adalah berat daging, bermakna kita akan mendapat 70KG x RM30= RM 2,100. Ini tidak termasuk harga untuk bahagian bahagian lain seperti kulit, susu, anak malah najis nya juga boleh di jadikan Baja kompos.
Saya difahamkan RISDA dan FELDA ada menyediakan pinjaman ternakan dan peserta hanya perlu menyediakan kawasan dan kandang sahaja. Amaun pinjaman hanya perlu dibayar selepas hasil ternakan telah dijual. Program program sebegini tentunya sedikit sebanyak dapat meningkatkan ekonomi masyarkat desa.

“AgroNet Network" merupakan suatu impian kami pada tahun 2007. Buat masa ini kami masih dalam perancangan untuk merealisasikan impian tersebut. Rancangan ini bermula pada suatu hari dimana saya berjumpa dengan kawan X-ITM saya iaitu Bukhori. Pada mulanya kami berjumpa kerana saya ingin membeli Dinar-Iraq darinya. Bukhori membuat cadangan untuk menternak kambing. Pada mulanya saya kurang yakin dengan cadangan beliau kerana saya tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pemasaran. Bukhori kemudian menyakinkan saya bahawa beliau mempunyai kenalan yang bekerja dengan sebuah syarikat "trading" yang besar dan beliau pada dasarnya bersetuju untuk membeli hasil jualan kami.
Bermula dari sini kami telah mula mengumpulkan maklumat maklumat mengenai penternakan kambing. Saya akan menumpukan perhatian kepada operation, maintanace & finance manakala Bukhori pula akan menumpukan perhatian kepada admin, marketing & finance. Insyaalah, segala maklumat yang kami perolehi akan dikongsikan didalam blog ini bagi manfaat kepada semua pihak.

2. Kenali Boer

Berdasarkan pengamatan saya, ramai yang tidak betul betul mengetahui jenis kambing yang diimport atau dibeli. Sekiranya tidak berhati-hati, kita mungkin akan terpedaya dengan penjual. Sebagai contoh, kambing boer purebreed adalah hampir sama rupanya dengan kambing boer fullblood. Penjual mungkin akan mengatakan kambing tersebut fullblood sedangkan ianya purebreed. Begitu jugalah dengan kambing cross.

2.1 Boer Fullblood (FB) - adalah kambing boer keturunan asal dari Africa yang tidak dicampur dengan manamana baka kambing lain. Kambing ini mempunyai ciri Boer yang sebenar, iaitu cepat membesar dan membiak. Kat Malaysia harga untuk jenis ini paling kurang RM2,000 seekor.

2.2 Boer F1 - adalah anak kambing yang lahir hasil dari perkahwinan antara Boer Fullblood (FB) dengan kambing jenis lain. Kat Malaysia harga untuk jenis ini paling kurang RM700 seekor.

2.3 Boer F2 - adalah anak kambing yang lahir hasil dari perkahwinan antara Boer Fullblood (FB) dengan Boer F1.

2.4 Boer F3 - adalah anak kambing yang lahir hasil dari perkahwinan antara Boer Fullblood (FB) dengan Boer F2.

2.5 Boer F4 - adalah anak kambing yang lahir hasil dari perkahwinan antara Boer Fullblood (FB) dengan Boer F3.

2.6 Purebreed - adalah gelaran bagi F4 (bagi betina) dan F4 keatas bagi jantan.

2.7 Feral goat - adalah kambing asal Australia. Masa memula orang putih tiba di Australia beratus tahun dahulu, mereka lepaskan kambing. Mereka takut tersesat, sekurang-kurangnya boleh tangkap kambing. Selepas beberapa lama kambing tu jadi peliharaan lading ladang disini. Ada juga pemilik lading ladang yang amat luas menangkap sahaja kambing ini yg membiak liar. Jadi harga kambing ni memang murah.

Oleh itu ramai orang tak sedar. Mereka ingat semua kambing yang diimport dari Australia tu boer goat. Semoga korang tak tertipu…


3. Kandang

Bagi memaksimumkan keuntungan, kita perlu jimatkan kos buat kandang. Jangan guna terlalu banyak kayu. Saya pernah lihat satu projek yang membuat kandang kambing tetapi saya rasa penternak tersebut terlalu menggunakan banyak kayu. Seorang penternak ditempat saya menghabiskan RM 80,000 untuk membuat kandang, sedangkan kambingnya hanyalah 50 ekor. Dia menggunakan kayu basah iaitu kayu hutan yang dibelah.

Keluasan untuk seekor kambing hanya 4’X2’ biasanya dengan keluasan 10’X10 dapat memuatkan 15 ekor kambing. Berikut adalah harga semasa kayu bagi setiap kaki bagi memudahkan korang menentukan buget buat kandang;

4X4=RM4.00
2X4=RM1.60
2X3=RM1.30
1X6=RM0.50 (Kayu Reject)
1X2=RM0.35
1X2=RM0.25 (Kayu Reject)
2X2=RM0.60
1X0.5=RM0.17
Zink = RM1.80 (Lebar 3’)
Pagar 3’=RM50.00/segulung (45’)
Pagar 4’=RM75.00/segulung (45’)

Pasir=RM130.00/selori
Simen=RM12.00/sebeg
Bata=RM150/satu ikat (1,000 biji)
Mesen Chooper – Deisel = RM4,800.00

Panjang maksimum kayu yang dijual adalah 22’. Kayu tidak dijual untuk panjang nombor ganjil – panjang kayu yang dijual ialah 8’,10’,12’ …20’ dan 22’ sahaja.
Adalah lebih baik kita buat sendiri kandang tersebut, kerana upah untuk membuat kandang biasanya tukang kayu akan charge 1 kali dari harga barang. Kalau terpaksa, kita just upah untuk membuat bumbung sahaja dan kita bagi bayaran mengikut hari bekerja, biasanya RM60-RM80 sehari. Selebihnya ie pasang dinding dan lantai kita boleh buat sendiri atau suruh pekerja kambing yang buat sementara kambing tak masuk lagi. Untuk tiang, lebih murah gunakan batu-bata. 5 beg simen untuk 24 batang tiang yang tingginya 6’, atau nak jimat lagi buat kayu 2X4 yang diikat dua so dia jadi 4X4.


4. Pengurusan

Kambing mudah dipelihara kerana mudah menyesuaikan diri dengan alam sekeliling. Kambing diternak untuk daging, susu dan kulitnya. Aktiviti penternakan kambing bukan sahaja untuk pendapatan sampingan bagi pengusaha kecil tetapi juga menampung keperluan daging tempatan, seterusnya mengurangkan import daging.

4.1 Penjagaan
4.1.1 Anak Kambing (0 hingga 4 bulan)

Selepas dilahirkan, anak kambing terus menyusu ibunya. Anak kambing bergantung kepada susu ibunya sehingga berumur 6-8 minggu. Selepas itu ia mula memakan rumput dan tumbuh-tumbuhan lain serta makanan sedia (concentrate).
Apabila menjangkau umur 3-4 bulan, anak kambing ini akan beransur-ansur bercerai susu. Dalam masa 6-8 minggu pertama anak kambing masih di biarkan di dalam kandang tetapi ibunya dibiarkan lepas untuk meragut. Selepas tempoh itu, barulah kambing digalakkan meragut bersama-sama ibunya. Dalam keadaan di mana susu ibu tidak memadai atau ibu kambing sakit, anak kambing ini perlu diberi susu botol.

4.1.2 Kambing Muda (4 bulan ke atas)
Apabila mencapai umur 4 bulan, anak kambing perlu dipisah dari ibunya. Ini untuk menggalakkan ibu tersebut cepat kembali berahi seterusnya beranak semula. Anak kambing yang telah dipisahkan dari ibunya hendaklah diberi penjagaan yang rapi.
Keadaan yang basah dan lembab boleh menyebabkan radang paru-paru pada kambing. Oleh itu, penting anak-anak kambing tersebut dikandang di tempat yang sesuai pada waktu malam atau semasa hujan. Seboleh-bolehnya, kambing betina diasingkan dari yang jantan.
Bagi kambing yang sudah sarat bunting, hendaklah diberikan perhatian serta makanan tambahan yang banyak. Beberapa hari sebelum beranak, kambing tersebut diletak dalam kandang berasingan dan dibiarkan di situ sehingga anaknya boleh dipisahkan darinya.
Kambing sangat mudah diserang penyakit. oleh itu program suntikan pembasmian kutu dan cacing perlu dilaksanakan. Ubat cacing diberikan sekurang-kurangnya dua tahun sekali. Suntikan vaksin Heptavac dan Heamorrhagic septicemia diberikan sekali setahun.
Kebersihan fizikal kambing perlu diambil perhatian seperti kuku yang panjang perlu dipotong dan bulu yang kotor perlu dibersihkan.

4.2 Pembiakan
Kambing tempatan mula berahi apabila berumur 6 bulan. Musim berahi berlaku setiap 3 minggu dan berakhir kira-kira 36 jam. Tempoh bunting adalah 5 bulan. Biasanya anak kembar 2 akan dilahirkan.

4.2.1 Tanda tanda berahi
Mula mendaki belakang rakannya
Berminat bergaul dengan kumpulan jantan
Mengoyangkan ekornya
Kemaluan kembang berwarna kemerahan dan berlendir
Kurang selera makan tetapi suka menganggu rakan

4.2.2 Tanda tanda bunting
Tidak kembali berahi lagi
Perutnya membesar terutama selepas 3 bulan
Tetek membesar
Anak dapat dirasa bila perut dipegang


4.3 Pemakanan
Ternakan yang sihat memerlukan pemakanan yang seimbang dan mencukupi setiap masa. Di antara makanan yang penting ialah:

4.3.1 Garam galian
· perlu untuk kesihatan yang baik terutama kambing yang bunting dan sedang membesar
· jenis garam yang biasa diberi ialah garam biasa, garam jilat, tepung tulang atau garam komersial seperto 'phoshrich'
· garam diletak dalam bekas atau digantung pada dinding


4.3.2 Makanan konsentrat
· konsentrat atau makanan penguat adalah makanan tambahan yang dibuat dari dedak jagung, bungkil kelapa dan hampas tauhu
· contoh konsentrat ialah 2 bahagian dedak jagung: 1 bahagian dedak halus: 1 bahagian hampas kelapa.
· konsentrat komersial berbentuk pellet
· konsentrat penting sebagai makanan tambahan untuk kambing yang bunting, menyusu serta anak-anak kambing yang sedang membesar

4.3.3 Rumput dan kekacang
· merupakan sumber air dan serat yang baik
· ia dapat merangsang kecekapan sistem penghadaman
· seekor kambing dewasa memerlukan 4-5 kg rumput basah sehari
· rumput yang disyorkan seperti guinea, rumput setaria dan kekacang
· tumbuhan tempatan seperti daun mengkudu, daun turi, daun pisang muda juga digemari oleh kambing

4.3.4 Air
· air bersih perlu disediakan sepanjang waktu
· cuaca yang panas akan menggalakkan pengambilan air yang lebih terutama kambing baka susu

4.4 Kesihatan dan Penyakit
Kambing yang sihat kelihatan: Cergas, berselera maka, suka berkumpulan, bulu berkilat, kulit licin, tahi keras dan badan berisi, manakala kambing berpenyakit nampak monyok, tak lalu makan, mengasingkan diri, sering mengembek, bulu kering dan meremang, tahi ceret serta badan kurus. Antara penyakit yang biasa menyerang kambing ialah:

4.4.1 Penyakit Puru (Contagious ecthyma)
· disebabkan oleh virus
· terdapat gelembung berair pada bahagian kulit lembut, mulut dan gusi serta bibirgelembung ini mungkin juga ada pada kaki terutama di celah jari kambing muda sangat mudah dijangkiti, lama kelamaan kambing menjadi kurus dan lemah kerana susah makan dan bergerak
· rawatan:suntikan pelali semasa 3-4 minggu dan sekali lagi setelaj 3-4 bulan selepas suntikan pertama asingkan kambing yang sudah dijangkiti beri rawatan pada gelembung yang sudah pecah menggunakan ubat seperti iodin

4.4.2 Kembung (Tyumpang)
· kambing mudah mengalami kembung terutama apabila makan terlalu banyak makanan kekacang
· di antara tanda-tanda kembung ialah meleleh air liur, perut buncit dan keras, berdentum bila berkentut, gelisah, selalu mengembek dan sering buang air kecil

4.4.3 Radang paru-paru (Pneumonia)
· batuk basah adalah tanda awal
· kambing kelihatan monyok, lemah, pernafasan cepat, batuk berlendir dan keluar hingus
· keadaan menjadi tenat jika kurang pengudaraan, kesejukan, basah atau keadaan sesak
· rawatan:
· asingkan di tempat yang lebih selesa dan tenteram
· kandang bersih, kering dan cukup pengudaraan
· elakkan dari terkena hujan dan keadaan lembab
· beri suntikan antibiotik serta vitamin

4.4.4 Cirit-birit (Diarrhoea)
· mungkin disebabkan oleh beberapa perkara seperti cacing, kuman atau tersalah makan
· tahi cair dan berbau busuk, pangkal ekor kotor dan basah, monyok dan suka mengasingkan diri
· rawatan:
· beri rawatan seperti ubat berak dan ubat cacing
· jaga kebersihan kandang untuk mengelak jangkitan
· periksa pemakanan, ubahsuai jenisnya jika perlu
· amalkan ragutan bergilir

4.4.5 Penyakit-penyakit lain
· di antara penyakit lain yang boleh menyebabkan kambing tidak sihat adalah kurap, kurang darah, kancing gigi, kecederaan fizikal, kudis, kutu dan buruk kuku
· keadaan ini menyebabkan kambing tidak cergas, seterusnya kurang selera makan dan menjadi kurus
· amalkan kebersihan kandang, pemakanan yang sempurna dan jadual pencegahan penyakit yang teratur dapat mengurangkan serangan


5 Petua
Huh… disepanjang pengalaman kami semasa mengadakan lawatan-lawatan di ladang ladang ternakan yang telah dijalankan, kami telah berjaya mengorek beberapa petua petua dalam penjagaan kambing ini daripada penternak tersebut. Berikut adalah beberapa petua yang kami perolehi;

5.1 Petua - menjinakkan kambing
· Lapkan baju kita yang berpeluh ke muka kambing tersebut.

5.2 Petua - memastikan kambing mengenali tuanya
· Kita kencing sedikit kedalam air yang diminum oleh kambing tersebut. Buat beberapa kali sehingga kambing tersebut dapat mengenali tuanya.

5.3 Petua – bulu licin dan menarik serta gemuk
· Bagi kambing makan daun kelapa sawit.

5.4 Petua – rawatan untuk luka
· Masukkan cicak kedalam daun pisang atau daun nangka dan berikan kambing tersebut makan.

5.5 Petua – rawatan sakit perut & berak cair
· Bagi kambing makan daun daun yang kelat ie daun jambu.

5.6 Petua – rawatan lemah tulang & takleh bangun
· Bagi kambing makan siput sungai. Ada orang panggil siput paip, siput bendang dan sebagainya. Tapi pastikan cengkerang siput tu di buang terlebih dahulu.


6. Pemasaran
Saya rasa aspek yang paling penting dalam sesuatu projek adalah pemasaran. Ini jugalah masaalah utama yang dihadapi oleh penternak dari kampong yang diusahakan oleh orang orang tua. Mereka gagal untuk menjual terus kepada pembeli atau kepada penternak baru. Mereka selalunya akan menjual kepada pihak ketiga yang menginginkan keuntungan atas angin . Kerajaan Malaysia dan beberapa agensi seperti FELDA dan RISDA hanya menumpukan kepada bantuan dari aspek pengurusan, pemasaran kena cari sendiri.
Sepanjang tinjauan kami, didapati hampir 90% penternak adalah orang Melayu. Kita perlukan suatu rangkaian perniagaan sesame penternak, jesteru itu diharap melalui blog ini, kita dapat berkumpul dan bekerja didalam satu kumpulan.

Jesteru itu, kami telah mengadakan satu "yahoo group" bagi memudahkan kita sama-sama berkongsi maklumat dan saling menerima dan menghantar email. Sila Daftarkan email anda kedalam "yahoo group" yang disediakan ini. Pendaftaran boleh di buat di

http://finance.groups.yahoo.com/group/kambingboer/


7. Risiko
Setiap pelaburan mempunyai risikonya yang tersendiri. Semakin besar keuntungan, semakin besar pula risikonya ie “high risk, high return”. Berikut adalah beberapa risiko risiko yang mungkin kita hadapi;

7.1 Risiko kambing dicuri
· Biasanya dengan pengawasan yang tidak sempurna kerap kali akan berlaku kes kes kecurian terutamanya pada waktu malam. Malah, kekadang disiang hari pun boleh berlaku kecurian.
· Ada satu cerita, dimana seorang pesara askar membuat ternakan kambing sebanyak 30 ekor di Jengka 11 dengan modal RM30,000 (duit dari EPF); kambingnya di curi pada bulan kedua beliau memulakan projek. Kejadian berlaku di siang hari apabila beliau pergi menunaikan solat Jumaat dan kandangnya dibiarkan kosong. Akhirnya, pesara askar tersebut menutup projek kambingnya.
· “Moral of the story” – Kena cari pekerja indon atau India sorang dua.

    7.2 Risiko kambing mati
    · Punca punca kematian adalah akibat kemalangan dan penyakit. Kat Malaysia nih takder lagi “insuran untuk kambing”. Kalau ada primieumnya mungkin agak tinggi, dan sayalah orang pertama yang membeli polisi tersebut…
    · Kemalangan mugkin disebabkan oleh stuktur kandang yang merbahaya, sistem pemagaran yang tidak sempurna dan lebih mengerikan dibaham harimau atau dipatuk ular sawa.
    · Penyakit…tak payah la nak diceritakan lagi… setiap hari ada sahaja penyakit penyakit baru yang datang. Doctor haiwan sendiri pun tak habis habis membuat kajian.

    7.3 Risiko kambing mandul
    · “Tak dapek den nak menolong” ini semua kerja tuhan, kita hanya merancang tapi tuhan yang menentukan.

    7.4 Risiko pengurusan
    · Sebaiknya pastikan kita mendapat kursus dan pendedahan terhadap aspek aspek pengurusan kambing daripada Jabatan Perkhidmatan Haiwan sebelum memulakan projek.

    7.5 Risiko kena tipu
    · Ramai yang tidak betul betul mengetahui jenis kambing yang diimport atau dibeli. Sekiranya tidak berhati-hati, kita mungkin akan terpedaya dengan penjual, contohnya boer purebreed adalah hampir sama rupanya dengan boer fullblood. Penjual mungkin akan mengatakan kambing tersebut fullblood sedangkan ianya purebreed. Begitu jugalah dengan kambing cross, F1, F2 dan sebagainya.


    8. Terima Kasih

    Terima kasih kerana tuan sudi meluangkan sedikit masa untuk melayari blog ini. Kami amat mengalu-alukan cadangan tentang topic-topic lain yang perlu di muatkan kedalam blog ini. Sila kemukakan cadangan tuan kepada kami melalui email atau komen di halaman blog ini...

    Sekian untuk tatapan semua...semoga mendapat manfaat kepada semua pihak...DIN

12 comments:

faidzal ghazali said...

Salam,

Terima kasih pada pihat tuan kerana memberi maklumat yang terperinci mengenai penternakan kambing. Saya harap kita dapat bekerjasama dalam industri ini. Saya muatkan link blog tuan pada blog saya untuk membantu perjuangan pihak tuan. Semoga kita semua berjaya! Insyaallah!

Faidzal Ghazali
merlongboerfarm.blogspot.com

Don Balon said...

Terima kasih rodoncs..
Koi asey kota gelangi 2..member koi pun ada gelangi 3 tu..wira anak arwah Pak teh Salleh dgn Li anak Pak Othman PAS. Koi minat jugek penternakan ni, tapi Insya-Allah koi nok buat lembu feedlot. Wokme guanner kontrol kambing dari kecurian..sebab di gelangi koi boleh tahan jugek aktiviti "sehat" tersebut.. :) Terima kasih sahabat..

malaysia baru said...

Tq krn info yg sangat berfaedah ini.
Di Malaysia Baru nanti kita eksport daging kambing ke negara lain....

husni said...

ular sawa jarang patuk kambing..makan anak kambing ada laa...

p/s: jgn marah bro..abg gua bela kambing kat kedah..rasanya dh dekat 2 tahun kot...anyway..all the best 4 u...

Mohamad Saat Sukami said...

Dah lama saya cari blog info penternakan kambing macam ni. Alhamdulillah, saya temui juga kini. Sukacita saya ingin berkongsi banyak info tentang bidang yang amat menguntungkan ini, tapi bukan sekarang. Malu rasanya untuk saya bentangkan semuanya sedangkan satu pun saya tak mula lagi. InsyaAllah kalau saya dah start, saya akan bentangkan. Saya dah kumpulkan banyak guide sama ada dari dalam maupun luar negeri mengenai penternakan kambing dan lembu. (semuanya dari internetlah).

Kepada para penternak yang sudah berjaya dan baru bermula saya ucapkan dan doakan semoga anda semua akan terus berjaya. Besar harapan saya untuk turut serta dengan kamu semua.

Wassalam

hayat said...

terima kasih dengan info yang amat berguna ini...

ramizu said...

TERIMA KASIH BANYAK DI ATAS INFO YANG BERGUNA INI, SAYA MEMANG BERCADANG NAK BELA KAMBING NI,LEPAS NI MUNGKIN SAYA AKAN BERHUBUNG LAGI DENGAN SAUDARA,,,SATU-SATUNYA BIDANG TERNAKAN YANG BANYAK ORG MELAYU BUAT

meijien said...

kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi peserta kursus pemakanan ruminan lembu dan kambing selama 3D2N di hotel nilai, anjuran agrobank dan delegasi mutiara...pendaftaran hanya rm 20.00 penginapan nota dan makanan disediakan. untuk sesi pad bulan november...sila hubungi di 03-78456412/019-2780686

terokai seni said...

agen makanan lembu n kambing? tipon 013-3434 504

Adams said...

Hey tony! Nama saya Julia, terima kasih atas ketenangan maklumat yang anda bagikan mengenai Dr. Iyabiye mengenai penyembuhan hepatitis, dia dalam keberkahan saya menghubungi dia dan saya sembuh selepas memohon rawatannya. Beliau menghantar saya ubat melalui khidmat kurier DHL yang mudah untuk saya dapatkan dan mengambil ubat selama 4 minggu dan saya pergi ke hospital selepas itu untuk ujian dan negatif. Saya datang ke sini untuk memberitahu anda bahawa anda betul-betul di mana-mana ubatnya, semuanya baik dengan saya sekarang. Terima kasih banyak - banyak. Hanya sekiranya ada sesiapa di luar sana yang ingin menghubunginya, di sini adalah kenalannya: iyabiyehealinghome@gmail.com Panggilan / Whatsapp: +2348072229413

Anonymous said...

Hey I’m Martin Reed,if you are ready to get a loan contact.Mr Benjamin via email: lfdsloans@outlook.com / lfdsloans@lemeridianfds.com,WhatsApp:+1 989-394-3740 I’m giving credit to Le_Meridian Funding Service .They grant me the sum 2,000,000.00 Euro. within 5 working days. Le_Meridian Funding Service  is a  group investors into pure loan and debt financing at the  returns of 1.9% to pay off your bills or buy a home Or Increase your Business. please I advise everyone out there who are in need of loan and can be reliable, trusted and capable of repaying back at the due time of funds.

Natalia Zimniewicz said...

Świetna sprawa. Pozdrawiam serdecznie.